Ini perkembangan yang baru kami terima...

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dibawa keluar daripada sebuah majlis dengan selamat, selepas bom asap dipercayai dibaling ke arah pemimpin itu.

Seorang suspek ditahan di lokasi kejadian di Wakayama, di mana kishida dijadual menyampaikan ucapan.

Video menunjukkan pegawai keselamatan mengelilingi seorang lelaki sebelum membawanya keluar.

Polis setakat ini masih belum memberi perincian lanjut mengenai insiden tersebut.